Friday, 12 April 2013

B I S U : Sinopsis

Sharifah, wanita yang teristimewa. Tidak dilahirkan sempurna seperti manusia yang ada di atas muka bumi ini. Bisu sejak dilahirkan lagi. Namun kekurangan yang dimiliki itu tidak menjadi penghalang untuk dia kecapi impian dan cita-citanya. Disaat dia hampir dengan kejayaannya, muncul si jejaka yang mengubah segala perancangan hidupnya.


Haris, lelaki yang cukup pakej yang diimpikan oleh wanita seluruh dunia. Namun kemewahan dan pangkat yang dimilikinya itu tidak mampu membahagiakan kehidupannya. Harta dan kekayaan baginya itu semua sebab wanita ingin memikat hatinya. Sehinggalah suatu hari tanpa diduga dia bertemu seorang wanita yang mengubah cara hidupnya.


Tanpa dirancang dan tanpa diduga, Sharifah dan Haris bertemu di Kafe Kita. Perancangan Allah siapa yang tahu. Disaat pertama kali menatap wajah Sharifah tanpa mengenali siapa wanita itu, Haris dalam keadaan terpaksa memilih calon isteri terus meminang dan menikahi si bisu. Dan Sharifah tanpa rela menerima pinangan si Adam yang tidak pernah dia kenali sebelum ini atas dasar desakan keluarga. 


Haris sedar yang dia sedang bernikah dengan wanita yang anggun pada paras rupa namun kekurangan yang dimiliki Sharifah hanya disedari selepas dia sah bernikah.


Persoalannya, adakah Haris akan terus mencintai isterinya yang bisu ? Dan siapa Syawal yang hadir tanpa diundang disaat mereka hampir kecapi kebahagiaan ? 


"Cinta itu milik Allah. Cintailah dia kerana Allah bukan paras rupanya"



6 comments:

  1. wahh tak sabar nak tahu cerita seterusnya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah novel ni dalam pembikinan. nnt dah siap Am publish kat belog sejuk ni. thanks for your comment. :)

      Delete
  2. bestnya sinopsis cerita nie. excited nak tunggu sambungan cerita nie ! :')

    ReplyDelete
  3. haha. ain ni bukan cerpen bersiri macam cerita KEDUA tu. ini sinopsis novel dalam pembikinan. doakan abang dapat siapkan asap k. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..yeke ? *malunya* hehe..seriously,best sangat.. in shaa Allah,ain doakan yang terbaik untuk abang ye.. gudluck ! ;) .. ain sentiasa menanti .. hehehe :D

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete