"Aku benci kau !"
Itulah kata-kata terakhir yang didengari Aiman dari bibir Maisarah.
Semuanya berlaku tanpa dirancang. Aiman nekad untuk mengubah jalan ceritanya yang sudah kucar-kacir dek kerana hadirnya orang ketiga tanpa diundang. Malam itu dia tetap dengan pendiriannya untuk bersemuka dengan Mai walaupun dia sedar hati wanita itu membuak-buak perasaan marahnya.
"Kau jangan buat kerja gila Man. Aku tahu kau sayang gila dekat Mai. Tapi bukan sekarang masa yang sesuai untuk kau pujuk hatinya yang terluka. Biarkan dia sejuk. Semakin kau dekat, semakin panas dibuatnya."
Nasihat sahabat karibnya, rakan serumah sebumbungnya, kawan dari kecil sehingga dewasa, masih tidak mampu mengubah pendirian lelaki yang berjiwa kental. Dia sedar dia telah melakukan satu kesilapan bodoh yang menjerumus ke dalam jiwa yang serba salah.
"Aku bodoh Zainal. Sumpah aku rasa aku ni manusia paling bodoh."
"Bawa mengucap Man. Manusia mana ada yang sempurna kelahirannya."
"Tapi Nal, aku perlu tebus kesalahan aku. Mungkin ini sahaja cara yang terbaik."
"Aiman, kau kawan aku. Aku dah anggap kau macam adik-beradik aku Man. Aku kenal kau. Sekalipun aku halang kau guna machine gun, kau still dengan pendirian kau kan. Tapi Man, satu je benda yang aku nak ingatkan kau, hati wanita ni sekali sudah terguris, sampai bila-bila dia akan ingat."
Aiman terdiam untuk seketika waktu. Zainal meninggalkan dia di ruang tamu dengan lamunan terhenti.
Hasratnya untuk bertemu Mai malam itu di batalkan. Benarlah kata Zainal, ketika marah benda yang tidak sepatutnya diucapkan akan terlafaz tanpa sedar. Dia baru terima mesej dari Mai.
'Awak dah sakitkan hati saya. Saya tekad saya nak kahwin dengan Umar bukan awak. Muktamad !'
Aiman termenung seketika. Apa yang haru dia lakukan. Padahal dia sedar yang jodoh mereka bertemu adalah sebab keluarga. Dan dia sedar Maisarah cukup benci dengan Umar padahal pakej yang ada pada lelaki itu lebih cukup berbanding dia yang serba kekurangan. Dia harus lakukan sesuatu. Bukan harus tetapi wajib. Jika tidak, maruah keluarga dia dan Mai akan tercalar.
Trutt trutt.. Trutt trutt..
Tiba-tiba telefon rumah berdering.
"Hello..."
"Assalamualaikum. Aiman ini aku Umar. Apa yang dah berlaku ni Man ? Kenapa tiba-tiba Mai ajak aku kahwin lari. Weh, explain to me dude !"
"Waalaikumusalam. Umar, ini semua salah faham antara kami. Maafkan aku sebab kes ni libatkan kau tanpa dirancang. Umar, Wawa is back. What should I do ? Perempuan tu goda aku habis-habisan. Aku tak rancang weh pertemuan aku dengan perempuan sundal tu. Dia rancang semua ni. Dia sengaja pertemukan aku, dia, dan Mai sebab dia tak nak aku kahwin dengan Maisarah. Apa yang harus aku lakukan Mar ? Aku dah buntu ni."
"Bawa bersabar Aiman. Ini namanya dugaan. Allah sedang menguji kamu berdua. Bawalah berbincang. Nasib baik dia ajak aku kahwin lari. Memang aku akan tolak. Kalau dia ajak entah siapa-siapa kawan dia yang lain dekat luar sana, confirm kau melepas Man. Aku minta maaf, aku tak dapat nak bantu kau. Ini masalah peribadi Man. Tapi apa yang mampu aku katakan, bawalah berbincang. Pasti ada cara untuk selesaikannya. Okaylah aku terpaksa letak telefon dulu. Ada panggilan luar masuk. What can I do now is pray the best for both of you. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
... bersambung ...
Mampukah Aiman kekalkan cinta yang telah terbina antara dia dan Maisarah, wanita pilihan hati dan keluarganya ?
Adakah Maisarah akan beri peluang kedua untuk Aiman tebus kesalahannya ?
Siapa Wawa yang hadir menjadi igauan ngeri Aiman ?
Nantikan episod akan datang. :)
Done. Wuu gudjob am . Dah mcm novelis profesional , lelaki lagi . Huhu teruskan menulis !
ReplyDeletethanks ieja... :)
ReplyDelete