Saturday, 13 April 2013

K E D U A : Episod 2

Sudah dua jam, kaki Aiman masih belum berhenti mundar-mandir di ruang tamu. Pening Zainal melihat kerenah sahabatnya itu. Ditegur pun sudah, nasihat pun sudah, tetapi satu apa pun tidak mampu membantu Zainal mengembalikan ketenteraman jiwa Aiman yang bergelodak perasaan serba salah terhadap Mai.

"Aiman, tolonglah aku merayu, duduk dan bertenang."

"Macam mana aku nak bertenang Nal, jiwa aku ni serba salah weh. Aku bersalah. Aku bodoh Nal."

"Ya Man, aku tahu. Dah tiga hari Aiman, hidup kau, makan minum kau, dah tak terurus. Aku risau tengok kau ni. Kang tak pasal-pasal hospital sakit jiwa tempat kau tidur lepas ni."

"Nal, tolong aku Nal. Pujuk Mai. Please, I'm begging you."

"Man, dah seratus kali aku call, text dia, bbm dia, still no positive response. Bawalah bersabar Aiman. Hati dia tengah panas tu."

"Tapi Nal, tapi..."

Allahu Akbar, Allahu Akbar

"Haa, cukup ayat tapi kau tu. Simpan je elok-elok dalam hati. Dah azan ni. Masuk waktu Asar. Jomlah solat Man. Berjemaah. Kau pun dah lama aku tengok tak menghadap kiblat, bertemu Tuhan yang Esa."

Aiman terdiam seketika. Benar kata-kata Zainal, hidupnya tidak terurus sejak kes dia dan Mai bergaduh. Harapannya melayang ibarat layang-layang putus talinya. Solat sudah tidak dijaganya. Wuduk sudah tidak sebati dengannya. Aiman bangkit dari kerusi di ruang tamu. Perlahan-lahan kakinya melangkah menuju ke paip air di kamar mandi biliknya. Ketika dia menyapu air wuduk ke arah mukanya, air matanya mengalir setitis demi setitis. 

'Ya Allah, sudah lama aku tidak menghadap-Mu Tuhanku..'

"Man, jom solat. Aku imam, kau makmum. Kita berjemaah ya kawan."

Aiman sekadar mengiyakan sahabatnya tanda dia setuju.

Selesai solat, selasai mengaminkan doa, Aiman menepuk bahu kawannya.

"Zainal, aku rasa ber.."

Belum sempat dia berbicara, Zainal sudah menyampuk.

"Cukuplah tu Aiman. Kau kawan aku. Kan aku dah kata, kau aku ibaratkan darah daging aku, adik-beradik aku. Cubit peha kiri, kanan aku terasa. Sakit peha kanan, kira aku terasa. Solatlah Aiman, ingat Allah Man. Dia tu Tuhan kita. Kita susah ke kita senang ke, Dia tetap ada untuk kita. Carilah Dia, bukan si dia Man. InsyaAllah dalam doa kau akan bertemu Dia dan Dia akan permudahkan urusan kau untuk bertemu dengan si dia pula. Bangkitlah kawan dari kejatuhan. Jangan terus tersungkur. Berhentilah menangis wahai kawan. Sapu air mata mu dengan semangat yang baru. Pasti semua ini ada hikmah disebaliknya. Jangan berhenti berharap. Jangan pernah kenal erti putus asa. Ingatlah, selagi kau percaya cinta itu milik Allah, selagi itu kau akan berada dalam lingkungan cinta Maisarah."

Aiman terdiam. Menangis dalam doanya. Mengenangkan perbuatan keji yang pernah dia lakukan selama ini. Cinta yang jujur dan ikhlas dari wanita solehah bernama Maisarah dia sia-siakan. Cinta yang pernah dia taburkan dua tahun lepas pada wanita kaki cukur sudah dia kuburkan namun kembali menjadi igauan ngeri dalam setiap mimpinya. Bukan permintaannya untuk dia alami semua ini. 

'Ini dugaan. Ya ini semua dugaan. Bangkitlah Aiman, bangkit dari jatuh, bangun untuk terus berdiri. Jika kau berada dipihak yang benar, mengapa perlu kau rasa takut. Kau tak salah. Kejarlah cinta Mai selagi mampu.'

... bersambung ...



Apakah yang berlaku dua tahun lepas antara Aiman dan Wawa ?


Mungkinkah Maisarah akan kembali memberi cinta pada Aiman ?

Mampukah Aiman bertarung demi kebenaran yang dimilikinya ?

Nantikan sambungannya. :)



Friday, 12 April 2013

K E D U A : Episod 1

"Aku benci kau !"

Itulah kata-kata terakhir yang didengari Aiman dari bibir Maisarah.

Semuanya berlaku tanpa dirancang. Aiman nekad untuk mengubah jalan ceritanya yang sudah kucar-kacir dek kerana hadirnya orang ketiga tanpa diundang. Malam itu dia tetap dengan pendiriannya untuk bersemuka dengan Mai walaupun dia sedar hati wanita itu membuak-buak perasaan marahnya.

"Kau jangan buat kerja gila Man. Aku tahu kau sayang gila dekat Mai. Tapi bukan sekarang masa yang sesuai untuk kau pujuk hatinya yang terluka. Biarkan dia sejuk. Semakin kau dekat, semakin panas dibuatnya."

Nasihat sahabat karibnya, rakan serumah sebumbungnya, kawan dari kecil sehingga dewasa, masih tidak mampu mengubah pendirian lelaki yang berjiwa kental. Dia sedar dia telah melakukan satu kesilapan bodoh yang menjerumus ke dalam jiwa yang serba salah.

"Aku bodoh Zainal. Sumpah aku rasa aku ni manusia paling bodoh."

"Bawa mengucap Man. Manusia mana ada yang sempurna kelahirannya."

"Tapi Nal, aku perlu tebus kesalahan aku. Mungkin ini sahaja cara yang terbaik."

"Aiman, kau kawan aku. Aku dah anggap kau macam adik-beradik aku Man. Aku kenal kau. Sekalipun aku halang kau guna machine gun, kau still dengan pendirian kau kan. Tapi Man, satu je benda yang aku nak ingatkan kau, hati wanita ni sekali sudah terguris, sampai bila-bila dia akan ingat."

Aiman terdiam untuk seketika waktu. Zainal meninggalkan dia di ruang tamu dengan lamunan terhenti.
Hasratnya untuk bertemu Mai malam itu di batalkan. Benarlah kata Zainal, ketika marah benda yang tidak sepatutnya diucapkan akan terlafaz tanpa sedar. Dia baru terima mesej dari Mai.

'Awak dah sakitkan hati saya. Saya tekad saya nak kahwin dengan Umar bukan awak. Muktamad !'

Aiman termenung seketika. Apa yang haru dia lakukan. Padahal dia sedar yang jodoh mereka bertemu adalah sebab keluarga. Dan dia sedar Maisarah cukup benci dengan Umar padahal pakej yang ada pada lelaki itu lebih cukup berbanding dia yang serba kekurangan. Dia harus lakukan sesuatu. Bukan harus tetapi wajib. Jika tidak, maruah keluarga dia dan Mai akan tercalar.

Trutt trutt.. Trutt trutt..

Tiba-tiba telefon rumah berdering.

"Hello..."

"Assalamualaikum. Aiman ini aku Umar. Apa yang dah berlaku ni Man ? Kenapa tiba-tiba Mai ajak aku kahwin lari. Weh, explain to me dude !"

"Waalaikumusalam. Umar, ini semua salah faham antara kami. Maafkan aku sebab kes ni libatkan kau tanpa dirancang. Umar, Wawa is back. What should I do ? Perempuan tu goda aku habis-habisan. Aku tak rancang weh pertemuan aku dengan perempuan sundal tu. Dia rancang semua ni. Dia sengaja pertemukan aku, dia, dan Mai sebab dia tak nak aku kahwin dengan Maisarah. Apa yang harus aku lakukan Mar ?  Aku dah buntu ni."

"Bawa bersabar Aiman. Ini namanya dugaan. Allah sedang menguji kamu berdua. Bawalah berbincang. Nasib baik dia ajak aku kahwin lari. Memang aku akan tolak. Kalau dia ajak entah siapa-siapa kawan dia yang lain dekat luar sana, confirm kau melepas Man. Aku minta maaf, aku tak dapat nak bantu kau. Ini masalah peribadi Man. Tapi apa yang mampu aku katakan, bawalah berbincang. Pasti ada cara untuk selesaikannya. Okaylah aku terpaksa letak telefon dulu. Ada panggilan luar masuk. What can I do now is pray the best for both of you. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

... bersambung ...


Mampukah Aiman kekalkan cinta yang telah terbina antara dia dan Maisarah, wanita pilihan hati dan keluarganya ?

Adakah Maisarah akan beri peluang kedua untuk Aiman tebus kesalahannya ?

Siapa Wawa yang hadir menjadi igauan ngeri Aiman ?

Nantikan episod akan datang. :)

B I S U : Sinopsis

Sharifah, wanita yang teristimewa. Tidak dilahirkan sempurna seperti manusia yang ada di atas muka bumi ini. Bisu sejak dilahirkan lagi. Namun kekurangan yang dimiliki itu tidak menjadi penghalang untuk dia kecapi impian dan cita-citanya. Disaat dia hampir dengan kejayaannya, muncul si jejaka yang mengubah segala perancangan hidupnya.


Haris, lelaki yang cukup pakej yang diimpikan oleh wanita seluruh dunia. Namun kemewahan dan pangkat yang dimilikinya itu tidak mampu membahagiakan kehidupannya. Harta dan kekayaan baginya itu semua sebab wanita ingin memikat hatinya. Sehinggalah suatu hari tanpa diduga dia bertemu seorang wanita yang mengubah cara hidupnya.


Tanpa dirancang dan tanpa diduga, Sharifah dan Haris bertemu di Kafe Kita. Perancangan Allah siapa yang tahu. Disaat pertama kali menatap wajah Sharifah tanpa mengenali siapa wanita itu, Haris dalam keadaan terpaksa memilih calon isteri terus meminang dan menikahi si bisu. Dan Sharifah tanpa rela menerima pinangan si Adam yang tidak pernah dia kenali sebelum ini atas dasar desakan keluarga. 


Haris sedar yang dia sedang bernikah dengan wanita yang anggun pada paras rupa namun kekurangan yang dimiliki Sharifah hanya disedari selepas dia sah bernikah.


Persoalannya, adakah Haris akan terus mencintai isterinya yang bisu ? Dan siapa Syawal yang hadir tanpa diundang disaat mereka hampir kecapi kebahagiaan ? 


"Cinta itu milik Allah. Cintailah dia kerana Allah bukan paras rupanya"