Sudah tiga kali dia bercinta dan sudah tiga kali
cinta dia disia-siakan. Sampai satu masa dia sudah bosan dengan kata-kata dan
janji manis lelaki. Dia adalah Shima dan dia antara seribu wanita yang sudah
serik bercinta. Serik hanya pada bibir hakikatnya dia masih mengharapkan
seseorang yang mampu menjaganya hingga akhir hayatnya.
“Kata benci tapi sayang. Gila betul aku
ni.” – Ima
Tak pernah bercinta, tak pernah disakiti. Itulah
prinsip hidup Amran. Dalam hidupnya hanya ada keluarga dan kerjaya. Teman
istimewa tak pernah wujud dalam hatinya. Bagi Am itu hanya beban yang
menyusahkan hidupnya. Namun naluri lelaki pasti perlukan wanita untuk dijadikan
isteri. Hakikatnya dia perlukan wanita untuk serikan hidupnya lagi.
“Kau benci aku tapi aku sayang kau. Aku memang
gila. Tapi aku gilakan kau, Ima.” –Am
Takdir mereka untuk disatukan seperti sudah
dirancang dari awal hingga akhir jalan cerita hidup mereka. Tanpa diduga, pihak
keluarga Am meminang Shima tanpa pengetahuan Am. Lamaran itu diterima tanpa
kerelaan Shima atas sebab kehendak keluarga.
"Sorry, I tak kenal you. You are not my
choice. Jangan harap aku nak panggil kau abang."
"Eleh cakap mat salleh pun tergagap-gagap,
ada hati nak kahwin dengan Orlando Bloom. Sedarlah, aku seribu kali lagi kacak
dari mamat mata warna coklat tu."
Tinggal satu rumah. Bilik asing-asing.
Mampukah Am menjadi suami kepada Ima sedangkan
dia tidak kenal apa itu cinta?
Masih ada lagikah cinta Ima terhadap lelaki
selepas tiga kali hatinya sakit kerana cinta?
Kalau dah jodoh, kita tetap akan bersatu...
p/s: novel ni dalam pembikinan. insya-Allah, lepas raya siap.
doakan saya ye kawan2. untuk sambungan cerpen bersiri "peluang kedua"
tu saya KIV dulu. sibuk dengan kerja. :)
No comments:
Post a Comment